Beruntung siapa yang dah berdaftar sebagai ahli shaklee. Renewal membership sangat mudah malah percuma. Jika sebelum ni Nad dah kongsikan Cara Dapat Vitamin Shaklee Percuma dengan Cash Rebate, kali ni Nad nak share pula cara renewal shaklee mudah dan percuma.
Keahlian Shaklee
Setelah mendaftar sebagai ahli shaklee, keahlian akan aktif selama satu tahun dan akan tamat tempoh pada tarikh hari lahir pada tahun berikutnya.
Contoh E-ID keahlian shaklee
Boleh rujuk pada contoh E-ID Nad di atas. Keahlian valid sehingga tarikh birthday Nad pada tahun hadapan.
Kelebihan Renew Keahlian Shaklee
Ada banyak kelebihan bila menjadi ahli berdaftar shaklee. Oleh itu, sangat rugi sekiranya keahlian dibiarkan tamat tempoh tanpa renewal.
- Mendapat diskaun harga produk sehingga 15-25% lebih murah berbanding harga retail.
- Bila ada promosi, ahli berdaftar akan menikmati harga yang jauh lebih murah berbanding harga ahli biasa. Contoh promosi yang biasa shaklee tawarkan kepada ahli berdaftar amtaranya, Promosi Beli 1 Percuma 1, Set Rahmah Vitamin C dan ESP pada harga hanya RM99 sahaja, Promosi beli Serum Youth Percuma Clay Mask dan Gel Mask.
- Dapat cash rebate sehingga 5-21% di mana nilai cash rebate boleh mencecah hingga nilai ribuan ringgit.
- Boleh menjalankan perniagaan ala dropship tanpa modal dan nikmati untung runcit yang tinggi sehingga 15-25% bergantung kepada nilai dan jenis produk yang dijual. Semakin tinggi harga produk semakin besar nilai untung runcit diperolehi.
- Untuk yang berminat menjalankan perniagaan bersama shaklee tapi tiada pengetahuan yang mendalam mengenai perniagaan atau produk, shaklee menyediakan banyak kelas-kelas percuma untuk ahli berdaftar. Malahan, jika korang berdaftar dengan team yang aktif seperti team Nad, korang juga disediakan dengan pelbagai jenis kelas dan sharing yang lebih menarik.
Selebihnya boleh merujuk gambar di bawah.
Cara Renew Keahlian Shaklee
- Beli sebarang produk supplement, vitamin, skincare, home care atau personal care shaklee secara automatik keahlian shaklee akan diperbaharui tanpa bayaran tambahan.
- Pembelian produk untuk renewal boleh dibuat seawal 3 bulan sebelum tarikh hari lahir atau dalam tempoh 3 bulan selepas tarikh lahir iaitu tarikh tamat tempoh keahlian.
- Renewal keahlian shaklee boleh dibuat secara online melalui website shaklee www.shaklee.com.my atau melalui belian di branch-branch shaklee.
- Untuk proses renewal shaklee mudah dan percuma ini, ahli perlu tahu nombor ID shaklee mereka sendiri. Jika terlupa, boleh merujuk kepada upline atau individu yang mendaftarkan mereka sebagai ahli shaklee.
Bagi yang belum mendaftar sebagai ahli sah shaklee dan belum mempunyai nombor ID shaklee, boleh klik DAFTAR AHLI SHAKLEE untuk berdaftar sebagai ahli sah shaklee dan terus beli produk pada harga ahli.
Jika memerlukan bantuan, boleh hubungi Nad di LINK INI
Comments
Post a Comment