Skip to main content

Posts

Multivitamin Baru Terbaik Dunia ' Vita-lize Shaklee'

Recent posts

Prof Muhaya Kongsi 10 Tips Motivasi Buat Para Ibu

  Saya teringat dulu bila saya mengadu penat melayan karenah dan ragam anak-anak yang masih kecil kepada rakan-rakan kerja yang lebih senior, kata-kata nasihat biasa yang saya akan dapat, “Jaga anak kecil memang penat, tapi jaga anak yang dah besar lain pula caranya dan lebih mencabar”. Sekarang, bila anak-anak semakin membesar yang sulung dah berumur 11 tahun saya semakin dapat rasa kebenaran kata-kata mereka. Jika masa anak kecil dulu kita boleh tentukan apa kita nak mereka pakai, buat atau pilih tapi bila mereka semakin membesar, mereka sudah mula ada pilihan sendiri. Namun, peranan kita sebagai ibu mesti menjadi pembimbing yang akan membimbing dan menegur pada ketika dan situasi yang perlu. 10 Tips Motivasi Buat Para Ibu Sebagai panduan buat kita para ibu, hari ini saya nak kongsikan 10 tips motivasi buat para ibu yang pernah dikongsikan oleh Prof. Dr. Muhaya.  1. Bacaan Al-fatihah:   Bila-bila masa kita teringatkan anak kita, kirimkan bacaan surah Al-fatihah kepada dia dan bila sa

Cara Renewal Shaklee Mudah dan Percuma

Beruntung siapa yang dah berdaftar sebagai ahli shaklee. Renewal membership sangat mudah malah percuma. Jika sebelum ni Nad dah kongsikan Cara Dapat Vitamin Shaklee Percuma dengan Cash Rebate , kali ni Nad nak share pula cara renewal shaklee mudah dan percuma. Keahlian Shaklee Setelah mendaftar sebagai ahli shaklee, keahlian akan aktif selama satu tahun dan akan tamat tempoh pada tarikh hari lahir pada tahun berikutnya. Contoh E-ID keahlian shaklee Boleh rujuk pada contoh E-ID Nad di atas. Keahlian valid sehingga tarikh birthday Nad pada tahun hadapan. Kelebihan Renew Keahlian Shaklee Ada banyak kelebihan bila menjadi ahli berdaftar shaklee. Oleh itu, sangat rugi sekiranya keahlian dibiarkan tamat tempoh tanpa renewal. Mendapat diskaun harga produk sehingga 15-25% lebih murah berbanding harga retail. Bila ada promosi, ahli berdaftar akan menikmati harga yang jauh lebih murah berbanding harga ahli biasa. Contoh promosi yang biasa shaklee tawarkan kepada ahli berdaftar amtaranya, Promosi

Cara Dapat Vitamin Shaklee Percuma dengan Cash Rebate

Pernah tahu tak yang korang boleh dapatkan vitamin shaklee secara percuma dengan cash rebate? Kalau belum tahu, jom Nad kongsikan caranya. Pasti lepas tahu ni korang lebih bersemangat nak shopping vitamin nombor 1 dunia ni sebab boleh gunakan cash rebate. 1. Daftar sebagai ahli Langkah pertama untuk mendapatkan vitamin shaklee secara percuma dengan cash rebate adalah dengan mendaftar sebagai ahli terlebih dahulu. Apabila telah berdaftar sebagai ahli, kita akan menerima nombor ID masing-masing. Untuk sebarang urusan berkaitan, nombor ID keahlian tersebut sangat penting untuk membuktikan kita adalah ahli berdaftar yang sah dan layak menerima tawaran yang shaklee tawarkan berdasarkan syarat-syarat tertentu. Untuk mendaftar sebagai ahli, ada dua cara yang boleh dipilih. Pertama: Melalui bayaran yuran pendaftaran sebanyak RM35 atau ; Kedua: Secara PERCUMA melalui pembelian produk-produk shaklee dalam jumlah tertentu atau produk promosi yang ditawarkan. Contohnya seperti set di b

Set Kurus Shaklee : Set Hello New You

 Lepas raya ni ramai betul yang mencari Set Kurus Shaklee. Ada yang nak detox, raya makan macam-macam katanya. Ada yang nak kempiskan perut buncit, spare tyre dah berlapis-lapis huhu. Kena sangat dengan promosi yang Shaklee buat bulan ni, ada potongan harga untuk Set Kurus Shaklee iaitu Set Hello New You. Jom lah kita kenali item-item dalam Set Hello New You dan bagaimana item-item tersebut membantu menyelesaikan masalah ramai orang lepas raya ni. Set Hello New You: Promosi Mei 2023 Jom kenali Set Kurus Shaklee yang popular ni! Sebelum berkenalan lebih rapat dengan item-item dalam Set Hello New You ni, jom kita layan dulu testimoni-testimoni pengguna Set Hello New You ni. Weight lost 12kg dan inch loss yang sangat ketara. Weight lost tak banyak pun tapi inch loss sangat mengujakan. Weight loss dan inch lost seiring sama menginspirasikan. Tentu dah tak sabar nak tahu kan? Cukup dulu saya kongsikan tiga testimoni mereka-mereka yang dah berj

Cerita Hari Raya Open House 2023

Tak lengkap pula bila musim raya tak cerita pasal open house kan? Biasanya lepas habis berhari raya di kampung, dah mula masuk bekerja, hujung minggu mesti akan ada jemputan hari raya open house.  Tahun ni jemputan hari raya open house kami dimulai dengan Majlis Kenduri Kahwin anak kawan suami yang bertemakan hari raya. Majlis Perkahwinan Bertemakan Hari Raya Majlis kahwin anak kawan suami bertemakan open house hari raya Meriah juga bila majlis kahwin dalam musim raya. Juadah pun diselitkan juadah raya seperti lemang, ketupat dan rendang. Sesekali tetamu didendangkan dengan alunan lagu raya berselang seli dengan lagu pengantin baru.    Juadah hari raya di majlis kenduri kahwin Hari Raya Open House Kalau ada kawan-kawan yang jemput open house rumah mereka, tentulah sebolehnya saya akan cuba hadiri sebab waktu beginilah ada kesempatan untuk berborak lama dan paling penting bukan hal kerja hihi. Sebab itulah majlis seperti hari raya open house ni boleh mengeratkan silaturrahim sesama

5 Tips Hadiri Open House Hari Raya dengan Shaklee

Salam Aidilfitri 1444H daripada kami sekeluarga Minggu pertama hari raya dah berlalu. Lepas ni bersusun pula jemputan open house hari raya.  Bila hadiri open house tentulah berbagai juadah yang dihidang untuk tetamu yang datang.  Rendang, lemang, ketupat, nasi impit, kuah kacang, kuih raya pelbagai warna dan rasa. Siapa saja dapat menahan diri daripada menjamah semua tu kan? Tips makan sihat semasa hadiri open house hari raya 1. Rasa serba sedikit Bila banyak makanan terhidang, semuanya kita rasa teringin nak makan. Semua nampak sedap. Tapi kena beringat, bersederhana lebih baik. Dalam apa jua situasi, berlebihan selalunya akan mendatangkan mudarat. Jadi, ambillah makanan yang kita teringin nak makan tapi dalam kuantiti yang sedikit. Buat ghaso-ghaso orang kata. 2. Jangan tinggal air putih Biasanya masa open house memang air manis yang akan dihidangkan buat tetamu. Minumlah segelas buat ambil hati tuan rumah. Lepas itu, minum air putih je berapa gelas pun yang kita rasa dahaga.